RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Topik : Sains Fizikal
Tajuk : Mata untuk melihat bentuk
1.0  Rancangan Pengajaran Harian (RPH
Mata pelajaran:                        Sains
Kelas:                                      Tahun 1 Gigih
Tarikh:                                     9  Mei 2011
Masa :                                      1.30 petang – 2.30 petang
Bilangan murid:                      35 orang
Bidang Pelajaran:                    UNIT 5 : Mata untuk melihat
                                                Sub topik: 5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai
                                                                       bentuk. 
Objektif pembelajaran:            Mengenal pasti  bentuk –bentuk asas.
Hasil Pembelajaran:                 Di akhir sesi pembelajaran ini murid dapat:
                           A:                 Menguasai isi kandungan pelajaran
1.  Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat,
     segi empat sama, segi tiga dan bulatan pada objek di persekitaran
     murid.
2.  Menganalisis bentuk-bentuk asas di persekitaran murid
                         B:                   Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
1.  Mereka bentuk objek dari bentuk-bentuk asas yang disediakan dalam
     kumpulan.
2.  Menyenaraikan perbezaan bentuk-bentuk yang dilihat.
                         C:                   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
1.  Bekerjasama dalam kumpulan dalam mereka bentuk objek.
2.  Melibatkan diri secara aktif dalam menyiapkan kerja kumpulan.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
            Bentuk-bentuk asas ada empat jenis
a.   Bentuk segi empat tepat
b.   Bentuk segi empat sama
c.   Bentuk segi tiga
d.   Bentuk bulat

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
            Benda maujud di persekitaran murid seperti pembaris, buku, meja, duit syiling.
            Model bentuk-bentuk asas
            Lembaran kerja
            Kertas warna, kertas lukisan gam, gunting.
            Kad perkataan
Pengetahuan sedia ada :
Murid telah diajar iaitu salah satu fungsi deria mata adalah untuk melihat berbagai jenis bentuk yang ada di persekitaran mereka Murid telah biasa melihat bentuk-bentuk asas di persekitaran mereka.
Miskonsepsi :
Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa bentuk segi empat tepat adalah sama dengan bentuk segi empat sama.    
 Langkah berjaga-jaga:
Berhati-hati menggunakan gunting sewaktu menggunting kertas warna supaya tidak menggunting tangan atau kawan.

Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil
Idea
( 5 min )
Mata untuk melihat
Pelbagai jenis
Bentuk
-Buat kaitan dengan
pengetahuan sedia ada
murid dengan meminta murid menggunakan deria mata untuk melihat bentuk-bentuk objek yang ada di dalam persekitaran bilik darjah.
-Murid memberi respon dengan melihat dan membuat pemerhatian di dalam darjah.
-Murid menyebutkan objek-objek yang dilihat dan kaitkan dengan jenis-jenis bentuk asas.
Strategi /
Teknik :
Pemerhatian persekitaran murid
Menstruktur/ Menstruktur semula.
(40 min )
-Bentuk-bentuk asas ada empat iaitu segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan.

-Guru membimbing murid mengenalkan bentuk-bentuk asas menggunakan model bentuk dan menerangkan ciri-cirinya dan perbezaan antara sesuatu bentuk.

-Guru menggunakan benda maujud untuk memberi contoh-contoh bentuk dan bersoal jawab dengan murid untuk menyenaraikan objek yang terdapat di persekitaran mereka mempunyai persamaan bentuk-bentuk asas yang telah ditunjukkan.

-Guru meminta murid mengeja kad perkataan yang mengandungi nama-nama bentuk asas dan memadankan kad tersebut pada bentuk-bentuknya di papan hitam.

-Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan untuk mencipta reka bentuk sesuatu objek menggunakan bentuk-bentuk asas yang diajar.

- Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan yang telah disiapkan dan menyebutkan bentuk-bentuk yang telah digunakan.

-Murid mendengar penerangan guru dan menganalisis model bentuk-bentuk asas  yang ditunjukkan. Murid menyenaraikan perbezaan yang dapat dilihat.

- Murid menyebutkan objek di persekitaran mereka yang mempunyai persamaan dengan bentuk-bentuk asas yang telah ditunjukkan contohnya jam dinding bentuknya adalah bulat.

-Murid mengeja kad perkataan yang disediakan dan memadankan dengan objek yang betul.



-Murid bekerjasama
membuat aktiviti di dalam kumpulan  masing-masing.



- Seorang murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.


Strategi/ Teknik :
Perbincangan
dan soal jawab keseluruhan kelas.































Aktiviti berkumpulan.

Persembahan murid.


Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif dan menghargai masa.

Aplikasi idea
(10 min)
Bentuk mempunyai
Perbezaan
Guru mengedarkan lembaran kerja dan menerangkan cara menyelesaikannya.

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi.
Perbincangan keseluruhan kelas.

Refleksi/ penutup
(5 min)

Fungsi mata untuk melihat berbagai-bagai jenis bentuk.
Bentuk asas ada 4 jenis:
Segi empat sama
Segi empat tepat
Segi tiga
Bulatan
Perbezaan bentuk
Taksir kefahaman murid dengan memberi kuiz pendek dan membuat rumusan.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas.