Saturday 12 November 2011

Selamat Datang Ke Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1

Dunia Sains Dan Teknologi merupakan salah satu  matapelajaran yang diajar dalam KSSR . Ia mula diperkenalkan kepada murid tahun 1 mulai tahun 2011. Dunia Sains Dan Teknologi  dibahagikan kepada dua  Standard Dokumen iaitu Dokumen Standard Sains dan Dokumen Standard Teknologi Maklumat. Di dalam blog saya ini, saya ingin berkongsi maklumat mengenai Dokumen Standard Sains sahaja. Dokumen Standard Sains Tahun 1 mengandungi 4 tema iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Dan Bahan ,Teknologi Dan Kehidupan Lestari. Saya ingin memilih tema Sains Dan Fizikal iaitu Unit 5, Mata untuk melihat untuk dikongsi bersama dalam blog ini. Topik mata untuk melihat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

1.Mata untuk mengecam warna.
  Terdapat pelbagai warna di sekeliling kita iaitu warna merah, putih , hijau, biru, kuning,
   jingga, hitam dan ungu.
2.Mata mengecam bentuk.
   Mata boleh melihat pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk asas yang patut diketahui ialah
   bentuk  segi empat sama, bentuk segi empat tepat, bentuk segi tiga dan bentuk
   bulatan.
3.Mata mengecam saiz..

   Mata boleh melihat atau mengecam sesuatu objek itu besar atau kecil. Mata juga
   boleh mengenal pasti pelbagai saiz  sesuatu objek sama ada panjang atau pendek,
   tinggi atau rendah.